Selasa, 22 Mac 2011
Merajuk ngan Mak limah.....har!har!har!
Dengan senang hatinya pun aku setuju je...setakat teman je,ape la sangat Najib oi...janji ko amik aku...hahahah!!!aku pun teman kan lah dia...sebab dia cakap dia goyang...ape da goyang one by one je ...tak kisah tu bukan kisahnya yang nak di ceritakan...hahaha,dah lepas jumpa orang yang dia nak jumpa tu..balik lah 2 orang hero ke pejabat...aku ngan Najib la tu,tetiba aku terasa lapar...Tengok mcm menarik je akak kat depan pejabat ni jual nasi lemak...tanya Demok dia cakap sedap...hahaha!!kena try ni,memandangkan aku kan tengah "merajuk ngan Mak Limah..."hahaha!!!pasal dia masak sikit semalam aku lapar..aku pun try beli nasi lemak kat akak tu...try sambal kerang ngan sambal paru tengok ape jadi..hahaha!!
Peh!!!layan sedap rupanya akak depan pejabat ni masak...murah siot Rm3 nasi lemak letak sambal kerang sama sambal paru..So kepada akak yang tengah niaga kat depan pejabat aku tu diucapkan terima kasih kerana telah mengubat hati ku yang lara ni dek kerana petang semalam merajuk ngan Mak Limah..har!har!haR!
Sekiranya akak nasi lemak kat depan pejabat tengah on9 dan terbaca post ni terima kasih diucapkan kerana masak sedap...lagi satu..komesyen tak de ke..saya dah jadikan Najib downline saya tadi..dah promosikan nasi lemak..hahaha!!!kot ada sistem piramid ke pe ke.laalalala...
Kepada rakan-rakan yang terbaca post ni,beli nasi lemak kat akak depan pejabat tu.harga berpatutan dan sedap...bleh jadi downline aku...har!har!haR!
Isnin, 21 Mac 2011
"APRIL FOOL'S DAY"
Namun malangnya tarikh ini disambut juga oleh sesetengah umat Islam di seluruh dunia. Banyak sejarah April Fool yang dipaparkan di dalam internet hingga ke akhbar untuk mengingatkan umat Islam bahawa April Fool ini tidak digalakkan dalam Islam.
Sejak dari dahulu lagi, terutamanya pelajar-pelajar yang tinggal di asrama, budaya April Fool ini sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Setiap tahun menjelang 1 April, ramailah yang menjadi mangsa dari sambutan April Fool. Bukan mangsa bunuh ataupun rompakan tetapi mangsa kepada mereka yang suka mengenakan dan menganiayai orang lain. Sedangkan Islam sangat melarang kita menganiayai orang lain dengan niat yang jahat. Muka diconteng, barang disorok dan sebagainya menjadi kebiasaan pada hari April Fool.
Dari sini kita boleh ketahui apakah relevan dan faedahnya dengan April Fool ini. Menganiayai, menipu, menghina, menyakitkan hati, dan perasaan orang lain, semuanya buruk dan tidak berfaedah tentang April Fool. Sepertimana firman Allah yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kaum laki-laki menghinakan kaum laki-laki (yang lain), kerana boleh jadi kaum yang dihinakan itu, lebih baik dari kaum yang menghinakan, dan jangan pula kaum perempuan (menghinakan) kaum perempuan yang lain, kerana boleh jadi perempuan yang dihina itu, lebih baik dari perempuan yang menghinakan. Janganlah kamu cela-mencela sesama kamu dan jangan pula panggil-memanggil dengan gelaran (yang tidak baik). Seburuk-buruk nama ialah fasik sesudah keimanan. Barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang aniaya."
Surah Al-Hujurat: 48
Namun mengapa ianya terus menerus disambut dan dilakukan oleh sebahagian masyarakat Islam terutamanya di Malaysia. Rakyat Malaysia sememangnya banyak terdedah dengan budaya Barat yang telah lama bertapak di Malaysia sejak dari dulu lagi. Valentine's Day dan sebagainya telah lama disambut di Malaysia dan umat Islam juga tidak terkecuali untuk menyambutnya. Kata mereka ianya nampak lebih moden dan cool untuk disambut.
Tanpa disedari, sambutan-sambutan sebeginilah yang akan menghancurkan dan merosakkan maruah umat Islam sedikit demi sedikit. Bayangkan sekiranya sejarah pembunuhan umat Islam pada 1 April di Sepanyol itu adalah sejarah yang betul-betul mengaitkan kita dengan April Fool, maka apakah pandangan Barat apabila melihat umat Islam turut sama menyambutnya. Menyambut hari dimana kekejaman tentera Kristian terhadap umat Islam dan tipu daya yang telah dilakukan oleh mereka kepada umat Islam. Sudah tentu mereka menganggap umat Islam mudah terpadaya dengan tipu daya Barat sepertimana yang mereka anggap umat Islam telah diperbodohkan oleh mereka suatu masa dahulu. Adakah kita mahu dianggap oleh dunia seperti itu? Menjadi umat yang tidak tahu menjaga maruah agama sendiri.
Kesimpulannya, walau apa pun sejarah ataupun walau apapun yang terjadi pada 1 April samaada ianya berkaitan dengan agama Islam atau tidak, umat Islam tidak sepatutnya dan tidak harus menyambut dan membudayakannya kerana sudah jelas ianya berasal dari Barat dan tidak ada faedahnya. Umat Islam hendaklah berfikiran secara rasional tentang perkara-perkara ini kerana tujuan utama Barat adalah untuk menghapuskan dan menjatuhkan kedudukan dan maruah umat Islam di mata dunia.
Fikirkan dan renung-renungkanlah........
Disediakan oleh,
Bahagian Dakwah,
Jabatan Agama Islam Selangor
alahai mak limah......
Yang paling "best" aku tanya asal lauk semua habis awal hari ni...jawabnye...ada jepun datang sini tadi...hampeh...agak-agak la..lapo ni..bleh buat gado...hahahaha!!!!aku nak ngadu la ni kot mak limah baca blog ni..esok masak la lebih sikit...bru pkul 3.30ptg lauk habis ape citer.....
Jumaat, 18 Mac 2011
Aku dengan masalah aku.har!har!har! Bhg.3
Terjaga memang la awal...tapi nak bangun dari katil tu yang slow sangat...maklumlah...manusia mempunyai perasaan kasih sayang kan..."Sayang nak bangun dari tempat tidur tu"..hahahaha!!!!Pe nye bengong da...Lambat lagi aku hari ni...Hampeh...esok aku nak bangun awal..cari masalah baru pulak!!
Ahad, 13 Mac 2011
SAFEE GAGAL HASILKAN GOL UNTUK PENAMPILAN KEDUA
Khamis, 10 Mac 2011
Aku dengan masalah aku.har!har!har! Bhg.2
dapat duit ke pe ke...hahahaha!!!tersiksa aku ngan selsema cmni...adoi....
CERITA SAJA YANG LEBIH...
Tapi xpe aku sabar...hahaha!!!dorg blah g mana ntah..aku pun 'take over' tempat depan tv...semangat nak tgk Malaysia main ni..hahaha!!dengan keadaan remote astro yang kehabisan bateri,tak pe aku sabar...semangat nak tgk bola punya pasal..aku Ok je...aku pun baik nye Tuning astro...bukak chanel 801..ai nadi arena...biar betul...ooAstro x amik kot game ni..buka 101 plak...biar betul..RTM pun tak de...hampeh..try tv 2 tgk...ape citer...XDE jugak!!!!!hampeh...sungguh menghampakan!!!ape citer ni tak de LIVE kat TV...mana janji manis mu...hampeh...!!!kuciwa...
Sabtu, 5 Mac 2011
Hutang penjawat awam perlu dipantau elak muflis
KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Seri Abu Bakar Abdullah (gambar) meminta ketua-ketua jabatan kerajaan supaya memantau tahap berhutang para pegawai dan kakitangan di bawah kendalian mereka bagi mengelakkan mereka muflis.
Menurut beliau, perkara itu perlu dilakukan bagi memastikan 1.27 juta penjawat awam yang ada ketika ini tidak dibebani hutang yang keterlaluan hingga menjejaskan perkhidmatan mereka.
"Pemantauan ini mudah dilakukan kerana ketua jabatan boleh berbuat demikian dengan memeriksa gaji pegawai dan kakitangan mereka," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di http://www.kosmo.com.my
Jumaat, 4 Mac 2011
Aku dengan masalah aku.har!har!har!
Pahit manis "time" sekolah dolu2!!!har!har!haR!
gurau sendi
Khamis, 3 Mac 2011
Malique - Layu
Malaysia vs Korea Selatan-Malaysia Layak Ke Olimpik
Hikari Sentai Maskman - Full OP Song MV
Sabtu, 26 Februari 2011
WAWASAN 2020
Pada tahun 1991, kerajaan telah mengumumkan bahawa objektif negara adalah untuk menjadi negara maju atas usahanya sendiri menjelang 2020. Ia memberi wawasan kepada Malaysia untuk mencapai status perindustrian dan negara maju sepenuhnya dengan mengekalkan perkembangan pada kadar 7 peratus setahun dan memulakan perubahan struktur ekonomi termasuk juga di dalam sektor pembuatan. Kunci kepada pencapaian negara maju ialah dengan mengatasi sembilan cabaran strategik. |
Pertama | Mewujudkan satu negara Malaysia bersatu yang terdiri dari satu Bangsa Malaysia |
Kedua | Mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas dari aspek psikologi, selamat, dan maju. |
Ketiga | Merangsang dan memajukan masyarakat yang berdemokratik dan matang. |
Keempat | Mewujudkan masyarakat yang beretika dan bermoral tinggi. |
Kelima | Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertoleransi. |
Keenam | Mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif. |
Ketujuh | Mewujudkan masyarakat yang penyayang. |
Kelapan | Memastikan ekonomi masyarakat yang seimbang, di mana pengagihan kekayaan negara adalah adil dan saksama |
Kesembilan | Mewujudkan masyarakat yang berjaya dengan ekonomi yang berdaya saing, dinamik, teguh dan bingkas sepenuhnya. |
Polisi dan strategi bagi fasa pertama wawasan 2020 dibentangkan di dalam Pelan Rangka Perspektif Kedua, 1991-2000 (OPP2). Ia membentuk Polisi Pembangunan Negara (NDP) yang menggantikan NEP, dan mengandungi beberapa perubahan polisi untuk memberi dimensi baru kepada usaha pembangunan dalam menghasilkan pembangunan yang lebih seimbang sementara mengekalkan polisi asas NEP.
Fokus strategi anti kemiskinan beralih kepada penghapusan kemiskinan tegar, sementara pada masa yang sama mengurangkan kemiskinan relatif. Bagi meningkatkan penyertaan Bumiputra yang lebih bermakna di dalam sektor moden ekonomi, penekanan di buat ke atas komuniti Perdagangan dan Industri Bumiputera. Harapan yang lebih besar diletakkan pada penglibatan sektor swasta dalam proses penstrukturan. Pembangunan sumber manusia termasuk nilai moral dan etika untuk mencapai objektif perkembangan dan pengagihan juga diberi penekanan.
Di pertengahan 1990an selepas prestasi ekonomi yang mengagumkan, Krisis Kewangan Asia melanda kawasannya. Krisis bermula di dalam pertengahan 1997 dengan serangan spekulatif terhadap matawang Asia Timur, termasuk ringgit. Selepas beberapa kesilapan pelaburan dan di tengah-tengah keadaan ekonomi yang semakin tenat, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (NEAC) ditubuhkan pada Januari 1998 dan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara yang komprehensif dilancarkan enam bulan kemudian.
Kejayaan memperkenalkan beberapa polisi, termasuk mengenakan kawalan pertukaran matawang terpilih, dan penubuhan institusi seperti Danaharta dan Danamodal untuk mengemukakan isu-isu yang disebabkan oleh krisis, yang menyebabkan ekonomi terpaksa diberi nafas baru selepas merekodkan pertumbuhan negatif pada kadar 7.4 peratus pada tahun 1998. Polisi fiskal dan kewangan yang diperkenalkan juga membantu merangsang penggunaan, sementara mengekang tekanan inflasi.
PELITA JAYA
Current squad
Last updated 18 February 2011.
Note: Flags indicate national team as has been defined under FIFA eligibility rules. Players may hold more than one non-FIFA nationality.
|
|
Jumaat, 25 Februari 2011
Safee mula menyengat
Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my
PENYERANG kebangsaan Malaysia, Mohd. Safee Mohd. Sali mula mengukir nama di bumi Indonesia. Meskipun masih belum beraksi secara rasmi dalam saingan Liga Super Indonesia (ISL), namun dia mula memperlihatkan kualiti sebagai pemusnah di jentera serangan.
Semalam, Safee menjaringkan dua gol pada aksi persahabatan pertamanya bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya.
Pada pertemuan dengan kelab tempatan, Ragunan FC di padang latihan kelab di Sawangan, Jawa Barat itu, Pelita Jaya mencatat kemenangan besar 6-0 dengan kedua-dua gol Safee itu dijaringkan pada babak pertama.
“Sudah tentu perasaan saya sangat gembira kerana pada perlawanan pertama ini, saya sudah berjaya menjaringkan gol.
“Jaringan ini bagi saya penting kerana ia dapat menunjukkan yang saya mampu menggalas tugas sebagai penyerang kelab ini,” kata Safee ketika dihubungi Kosmo! di Jakarta petang semalam.
Namun aksi sulung Safee, 27, secara rasmi bersama Pelita Jaya ialah pada 5 Mac depan iaitu bertemu Sriwijaya FC di Stadium Singaperbangsa, Karawang untuk aksi pertama pusingan kedua saingan ISL 2011.
Menurut Safee, menjelang aksi tersebut, Pelita Jaya akan mengadakan satu lagi aksi persahabatan Ahad ini dan ia akan digunakan sepenuhnya untuk penyerang dari Paraguay, Juan Ramirez.
“Pada perlawanan tadi (semalam), saya digandingkan dengan Ramirez pada babak pertama sebelum kami berdua direhatkan untuk jurulatih mencuba pemain lain pada babak kedua.
“Persefahaman kami belum 100 peratus mantap tetapi menampakkan petanda yang baik. Komunikasi dengan rakan sepasukan lain tiada masalah, kecuali Ramirez kerana dia tidak boleh berbahasa Inggeris,” jelasnya.
Safee bagaimanapun tidak keseorangan di Jakarta kerana dia turut ditemani isteri dan dua anaknya, ibu dan ayahnya serta pengurus peribadinya, Zakaria Ab. Rahim sejak tiba pada 14 Februari lalu.
fakhrul@kosmo.com.my