Selasa, 22 Mac 2011

Merajuk ngan Mak limah.....har!har!har!

Dek kerana lapar....disebabkan masuk keje lewat akibat daripada hujan di pagi hari yang mencurah-curah tatkala aku bersiap-siap mahu ke tempat kerja dengan impian tak mahu lewat lagi hari ni...peh panjang plak mukadimahnye...hahahaha!!!!!lapo perut nye pasal Najib tepon pagi2 tatkala aku tgh fikir malas nak g keje dah hari ni...dengan senang hatinya dia nak jemput aku kat umah...tapi Najib bukan bangang sangat..dia ckp aku amik ko bleh tapi satu syarat..kena teman dia berjumpa dengan orang pebenda ntah..aku tak tau...
Dengan senang hatinya pun aku setuju je...setakat teman je,ape la sangat Najib oi...janji ko amik aku...hahahah!!!aku pun teman kan lah dia...sebab dia cakap dia goyang...ape da goyang one by one je ...tak kisah tu bukan kisahnya yang nak di ceritakan...hahaha,dah lepas jumpa orang yang dia nak jumpa tu..balik lah 2 orang hero ke pejabat...aku ngan Najib la tu,tetiba aku terasa lapar...Tengok mcm menarik je akak kat depan pejabat ni jual nasi lemak...tanya Demok dia cakap sedap...hahaha!!kena try ni,memandangkan aku kan tengah "merajuk ngan Mak Limah..."hahaha!!!pasal dia masak sikit semalam aku lapar..aku pun try beli nasi lemak kat akak tu...try sambal kerang ngan sambal paru tengok ape jadi..hahaha!!
Peh!!!layan sedap rupanya akak depan pejabat ni masak...murah siot Rm3 nasi lemak letak sambal kerang sama sambal paru..So kepada akak yang tengah niaga kat depan pejabat aku tu diucapkan terima kasih kerana telah mengubat hati ku yang lara ni dek kerana petang semalam merajuk ngan Mak Limah..har!har!haR!
Sekiranya akak nasi lemak kat depan pejabat tengah on9 dan terbaca post ni terima kasih diucapkan kerana masak sedap...lagi satu..komesyen tak de ke..saya dah jadikan Najib downline saya tadi..dah promosikan nasi lemak..hahaha!!!kot ada sistem piramid ke pe ke.laalalala...
Kepada rakan-rakan yang terbaca post ni,beli nasi lemak kat akak depan pejabat tu.harga berpatutan dan sedap...bleh jadi downline aku...har!har!haR!

Isnin, 21 Mac 2011

"APRIL FOOL'S DAY"

Berkurun-kurun lama dahulu, kerajaan Islam Sepanyol yang telah lama bertapak di sana telah menghadapi kekalahan di tangan tentera Kristian. Maka penduduk-penduduk Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah mereka untuk menyelamatkan diri dari tentera Kristian. Namun tentera Kristian tidak berpuas hati kerana tidak dapat menghapuskan orang Islam. Maka tersebarlah berita bahawa orang Islam yang ingin selamat boleh menyelamatkan diri mereka dengan menaiki kapal yang berlabuh di pelabuhan dan untuk memastikan berita itu benar mereka sendiri pergi menyiasat adakah berita itu benar. Setelah pasti dengan khabar berita itu, maka beramai-ramailah orang Islam Sepanyol ke pelabuhan dengan harapan mereka boleh menyelamatkan diri dari tentera Kristian. Namun sebaliknya yang berlaku. Tentera Kristian mengambil kesempatan menghapuskan umat Islam dengan membakar rumah dan kapal-kapal di pelabuhan dan orang-orang Islam di Sepanyol dibunuh beramai-ramai termasuklah lelaki, perempuan dan kanak-kanak pada tanggal 1 April. Inilah hari yang diraikan oleh rakyat Sepanyol setiap tahun untuk mengingati kemenangan tentera Kristian ke atas orang Islam yang dibunuh oleh mereka dan inilah sejarah yang mengaitkan April Fool dengan orang Islam.

Namun malangnya tarikh ini disambut juga oleh sesetengah umat Islam di seluruh dunia. Banyak sejarah April Fool yang dipaparkan di dalam internet hingga ke akhbar untuk mengingatkan umat Islam bahawa April Fool ini tidak digalakkan dalam Islam.

Sejak dari dahulu lagi, terutamanya pelajar-pelajar yang tinggal di asrama, budaya April Fool ini sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Setiap tahun menjelang 1 April, ramailah yang menjadi mangsa dari sambutan April Fool. Bukan mangsa bunuh ataupun rompakan tetapi mangsa kepada mereka yang suka mengenakan dan menganiayai orang lain. Sedangkan Islam sangat melarang kita menganiayai orang lain dengan niat yang jahat. Muka diconteng, barang disorok dan sebagainya menjadi kebiasaan pada hari April Fool.

Dari sini kita boleh ketahui apakah relevan dan faedahnya dengan April Fool ini. Menganiayai, menipu, menghina, menyakitkan hati, dan perasaan orang lain, semuanya buruk dan tidak berfaedah tentang April Fool. Sepertimana firman Allah yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kaum laki-laki menghinakan kaum laki-laki (yang lain), kerana boleh jadi kaum yang dihinakan itu, lebih baik dari kaum yang menghinakan, dan jangan pula kaum perempuan (menghinakan) kaum perempuan yang lain, kerana boleh jadi perempuan yang dihina itu, lebih baik dari perempuan yang menghinakan. Janganlah kamu cela-mencela sesama kamu dan jangan pula panggil-memanggil dengan gelaran (yang tidak baik). Seburuk-buruk nama ialah fasik sesudah keimanan. Barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang aniaya."

Surah Al-Hujurat: 48

Namun mengapa ianya terus menerus disambut dan dilakukan oleh sebahagian masyarakat Islam terutamanya di Malaysia. Rakyat Malaysia sememangnya banyak terdedah dengan budaya Barat yang telah lama bertapak di Malaysia sejak dari dulu lagi. Valentine's Day dan sebagainya telah lama disambut di Malaysia dan umat Islam juga tidak terkecuali untuk menyambutnya. Kata mereka ianya nampak lebih moden dan cool untuk disambut.

Tanpa disedari, sambutan-sambutan sebeginilah yang akan menghancurkan dan merosakkan maruah umat Islam sedikit demi sedikit. Bayangkan sekiranya sejarah pembunuhan umat Islam pada 1 April di Sepanyol itu adalah sejarah yang betul-betul mengaitkan kita dengan April Fool, maka apakah pandangan Barat apabila melihat umat Islam turut sama menyambutnya. Menyambut hari dimana kekejaman tentera Kristian terhadap umat Islam dan tipu daya yang telah dilakukan oleh mereka kepada umat Islam. Sudah tentu mereka menganggap umat Islam mudah terpadaya dengan tipu daya Barat sepertimana yang mereka anggap umat Islam telah diperbodohkan oleh mereka suatu masa dahulu. Adakah kita mahu dianggap oleh dunia seperti itu? Menjadi umat yang tidak tahu menjaga maruah agama sendiri.

Kesimpulannya, walau apa pun sejarah ataupun walau apapun yang terjadi pada 1 April samaada ianya berkaitan dengan agama Islam atau tidak, umat Islam tidak sepatutnya dan tidak harus menyambut dan membudayakannya kerana sudah jelas ianya berasal dari Barat dan tidak ada faedahnya. Umat Islam hendaklah berfikiran secara rasional tentang perkara-perkara ini kerana tujuan utama Barat adalah untuk menghapuskan dan menjatuhkan kedudukan dan maruah umat Islam di mata dunia.

Fikirkan dan renung-renungkanlah........



Disediakan oleh,

Bahagian Dakwah,

Jabatan Agama Islam Selangor

alahai mak limah......

Ape la kena ngan hari ni...dah la aku keluar makan lewat...ada la dlm pkul 3.30ptg.Nak di jadikan cerita yang tak disangka-sangka....Dah la aku keluar makan lewat,p kedai mak limah,haram satu pe makanan pun dah tak de...ekeleh..ada ke patut...aku pun oder la air..nmpak mcm ada maggi...oder maggi goreng satu.....yang smpai mee goreng mcm hampeh..
Yang paling "best" aku tanya asal lauk semua habis awal hari ni...jawabnye...ada jepun datang sini tadi...hampeh...agak-agak la..lapo ni..bleh buat gado...hahahaha!!!!aku nak ngadu la ni kot mak limah baca blog ni..esok masak la lebih sikit...bru pkul 3.30ptg lauk habis ape citer.....

Jumaat, 18 Mac 2011

Aku dengan masalah aku.har!har!har! Bhg.3

Ape la masalah aku ni....Terjaga dari tidur awal je rasanye..sblm 6.30 cnfirm terjaga punya...tapi yang menghairankan aku....asal asyik lambat je aku masuk keje...hahaha!!!Masalah negara ni...penjawat awam datang keje lewat..
Terjaga memang la awal...tapi nak bangun dari katil tu yang slow sangat...maklumlah...manusia mempunyai perasaan kasih sayang kan..."Sayang nak bangun dari tempat tidur tu"..hahahaha!!!!Pe nye bengong da...Lambat lagi aku hari ni...Hampeh...esok aku nak bangun awal..cari masalah baru pulak!!

Ahad, 13 Mac 2011

SAFEE GAGAL HASILKAN GOL UNTUK PENAMPILAN KEDUA

Safee Sali gagal menjaringkan gol untuk penampilan keduanya bersama Pelita Jaya yang berkesudahan dengan keputusan Pelita jaya tewas 1-2 di tangan Persib Bandung.Gol Pelita jaya dijaringkan oleh Ramirez pada minit ke 53" hasil daripada sepakan penalti.Persib Bandung bagaimanapun mendahului perlawanan pada minit ke 10" hasil jaringan Shohie Matsunaga dan kedudukan disamakan oleh Pelita Jaya hasil dari sepakan Penalti pada minit ke53" sebelum sekali lagi Persib bandung mendapatkan gol pada minit 63" oleh Herman Abanda yang juga merupakan gol kemenangan untuk pasukan pelawat itu.Pasukan Pelita Jaya kini menduduki tangga ke 14 Liga Super Indonesia dengan pasukan Persipura mendahului liga sebanyak 38 mata.Pelita Jaya akan menentang pasukan Persisam pada 20 Mac ini.

Khamis, 10 Mac 2011

Aku dengan masalah aku.har!har!har! Bhg.2

Hampeh!!selsema la plak dah...bengong betul...ape la tetiba nak selsema...xde ke benda len..
dapat duit ke pe ke...hahahaha!!!tersiksa aku ngan selsema cmni...adoi....

CERITA SAJA YANG LEBIH...

Bengang aku semalam....semangat nak tgk skuad bola sepak Malaysia main bola kat Pakistan..lepas je men futsal...lepak minum kejap ngan kawan2.terus je aku balik umah...semangatt...nk tgk bola kat tv....sebab dlm paper aku baca ada live kat Astro ngan TV1...balik je umah ada plak mmber kepada mmber aku dok lyan citer melayu kat tv...alahai malang betul aku.Ingat aku blah dari kedai mamak td dapat la aku menonton perlawanan bola sepak Malaysia lawan Pakistan dengan keadaan yang lebih selesa sambil bersantai di rumah...hampeh..!!!dorg baik punya cilok dok layan drama melayu pulak...hampeh...kuciwa aku ngan diri aku..sebab buat keputusan blah awal dari melepak dengan kawan2 dekat kedai mamak...
Tapi xpe aku sabar...hahaha!!!dorg blah g mana ntah..aku pun 'take over' tempat depan tv...semangat nak tgk Malaysia main ni..hahaha!!dengan keadaan remote astro yang kehabisan bateri,tak pe aku sabar...semangat nak tgk bola punya pasal..aku Ok je...aku pun baik nye Tuning astro...bukak chanel 801..ai nadi arena...biar betul...ooAstro x amik kot game ni..buka 101 plak...biar betul..RTM pun tak de...hampeh..try tv 2 tgk...ape citer...XDE jugak!!!!!hampeh...sungguh menghampakan!!!ape citer ni tak de LIVE kat TV...mana janji manis mu...hampeh...!!!kuciwa...

Sabtu, 5 Mac 2011

Hutang penjawat awam perlu dipantau elak muflis


KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Seri Abu Bakar Abdullah (gambar) meminta ketua-ketua jabatan kerajaan supaya memantau tahap berhutang para pegawai dan kakitangan di bawah kendalian mereka bagi mengelakkan mereka muflis.

Menurut beliau, perkara itu perlu dilakukan bagi memastikan 1.27 juta penjawat awam yang ada ketika ini tidak dibebani hutang yang keterlaluan hingga menjejaskan perkhidmatan mereka.

"Pemantauan ini mudah dilakukan kerana ketua jabatan boleh berbuat demikian dengan memeriksa gaji pegawai dan kakitangan mereka," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di http://www.kosmo.com.my

Jumaat, 4 Mac 2011

Aku dengan masalah aku.har!har!har!

Spoil....tengah baik nya idea mencurah-curah aku nak update blog...semangat setelah lama aku biarkan blog aku ni terabai macam kata pepatah "Hidup Segan Mati Tak Mahu",dah ada plak macam-macam masalah yang aku nak kena fikir..umur dah makin lanjut..tak kawen lagi.itu satu masalah jugak tu..kena fikir jugak tu...mau nya aku tak fikir masalah tu,sampai setiap kali aku attending je kenduri ke ape je family punya program,kompem..soalan cepu emas ni dorg akan bertanya dulu sebelum tanya aku sihat ke apa ke.....yang dorg sibuk nak tanya mesti soalan yang berbunyi macam ni..baca betul-betul ayat ni.."ni hang bila nak kawen ni..buat pa tunggu lama-lama?lagi cepat lagi baguih"....hampeh..kena lagi soalan tu....
Kadang-kadang aku rasa macam alangkah baiknya kalau soalan-soalan yang macam tu diharamkan ke...ataupun tak wujud ke dekat dunia ni soalan yang macam tu...hahaha!sensetif tu soalan macam tu...tapi aku respect la my mum (cewah speaking london) kan,sebab baru-baru ni la...masa kenduri sepupu aku kawen,bukan aku la yang kawen..aku dah ready dah kali ni...nak tayang kekasih hati aku dekat dorg semua...ingat aku tak ada yang nak ke?hahaha!!!nekad la aku pun paksa la si intan payung aku tu ikut aku g kenduri tu."Jeng!jeng!jeng!"sekali seperti yang dijangka...soalan yang ditunggu-tunggu pun diajukan kepada aku..."ha..sapa dia pulak tu..?"pakcik aku tanya.Mak aku jawab.."anak angkat..."sambil senyum."uik!anak angkat pulak..ka menantu...?"pakcik aku buat-buat tekejut(ceh macam paparazi,sibuk ja nak tau...)memang tujuan aku bawa nak tujuk kat dorg pun,hahahaha!!!
Soalan tu pun terus dipanjangkan lagi...pakcik aku tanya.."bila nak p bekira ni..lagi cepat lagi baguih ni,buat pa kawan lama-lama......."aku pun jawab la...:bukan tak mau..dia nk smbung belajar dulu,keje tetap pun tak dak lagi.."mak aku lak mencelah.."hang suruh ja Pak cik hang support skit,esok pun bleh jadi"hahahaha!...power la ayat mak aku.,terkedu pakcik aku tu...baru dia tau...'hang kata hang tera...pppiiiiirrrrraaahhh....'.Harapan aku lepas ni soalan tu akan menjadi igauan ngeri bagi mereka yang sukakan soalan sebegitu rupa..
Tapi bila difikirkan memang la dorg sibuk nak tny soalan macam tu,sebab anak dorg yang sebaya ngan aku memang dah kawen pun..hahaha!!aku je yang dok 'rock' lagi,hahaha!!memang la aku nak kawen,tapi kan....kawen memang senang lepas dah kawen tu yang belum tentu senang tu..hahaha...takpe2 nanti aku kawen aku jemput pakcik aku tu.Mesti dia teringin sangat nak makan nasi minyak kenduri aku kan...hahahaha!sabar je la "all the pakcik2..and makcik2"
Ha...itu baru satu masalah yang nak difikir..ada banyak lagi masalah yang nak kena fikir ni..mana ada manusia dekat dalam dunia ni yang tak dak masalah.Kalau manusia tu tak dak masalah,tak normal la beb..dok planet lain la...tak pe kita sambung je bercerita masalah aku yang lain tu bila ada masa yang sesuai.hahaha!!!

Pahit manis "time" sekolah dolu2!!!har!har!haR!

Rasa best sangat bila....

-Cikgu cakap dia ada meeting kejap lg..yabedabedooo!!!!
-Cikgu masuk kelas..dan berkata.."semua boleh buat keje sendiri ye.."har!har!har!
-Awek cun meja sebelah berbalas senyuman...dah lama minat kat dia..

Rasa teramat cemas bila....

-Cikgu panggil nama g depan...
-Bila cikgu buat soalan kat papan hitam..suh jawab..kena cover muka..kang kena panggil...
-Seminggu lepas exam cikgu bawak kertas exam masuk kelas...alahai..berapa lak markah aku nk dapat..

Malu sangat bila..

-Tengah baik punya control macho dpn awek.....kaki termasuk longkang la plak!hampeh punya longkang...
-Baik punya tengok awek yang diminati...tetiba senyuman dilemparkan oleh si dia..ai,dia senyum kat aku ke?.....ekeleh sekali member dia kat belakang aku da...
-Time perhimpunan tetiba kena panggil kedepan orang yang ramai2 tu...sebab xpakai tali leher...tak guna punya pengawas ni....jga ko..aku ngorat awek ko jap g...hahahaha!!!

Bengang sangat bila..

-Sama macam kat atas td....ape punya pengawas repot dekat cikgu, aku tak pakai tali leher...basah la semalam aku basuh...bongek!!
-Ala baru lewat 2 minit...dah kena denda lari kat padang...ape punya pengawas da...kasi kautim ar!!!
-ekeleh....awek yg aku minat tu awek pengawas tu...ceh ape punya pengawas la...asyik cari pasal ngan aku je...hahahaha!!!!

gurau sendi

Tugas

Cikgu Ali :Man cuba bagitau saya apa tugas akar pokok pisang?

Man :Untuk mencari makanan cikgu.

Cikgu Ali :Bagus!sekarang giliran raju pula,apakah tugas batang pisang?

Raju :Untuk membawa makanan yg dicari oleh akarnya cikgu..

Cikgu Ali :Bagus Raju!sekarang saya nk Hanif jawab soalan,apakah tugas daun pisang?

Hanif :Untuk membungkus nasi lemak cikgu!!

Cikgu Ali :Uik!!!bagus jawapan awak Hanif...Berdiri atas meja sampai habis kelas saya.


*Pengajaran dari kisah tersebut..jgn men2 dengan cikgu..kang kena bediri atas meja....hahahaha!!!kalau xtau jwb la xtau!!!

It's 2011 and I would be crazy to miss this! Head over to Celcom now! #CelcomGreatSale

It's 2011 and I would be crazy to miss this! Head over to Celcom now! #CelcomGreatSale

Khamis, 3 Mac 2011

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Malique - Layu


Setelah berjam-jam aku melayari "internet" aku terjumpa dengan sebuah lagu yang aku rasakan sungguh menusuk kejiwa sebagai seorang Melayu!hayati lah lirik yang sungguh puitis.Ku Lihat Layu dalam Melayu.

what the world have we have it too


Siapa cakap Malay tak hebat?!Proud to be Malaysian!!!

Malaysia vs Korea Selatan-Malaysia Layak Ke Olimpik


Kali pertama Malaysia layak ke Sukan Olimpik dalam acara bola sepak.Ini adalah satu pencapaian terbesar bagi bola sepak di Malaysia.Nama-nama seperti Mokhtar Dahari aka supermokh,James Wong aka King James,Arumugam aka Spiderman,Soh Chin Aun the best midfielder,Santokh Singh the best full back,Hassan Sani aka The Sprinter dan ramai lagi.Malaysia yang memang terkenal dengan masyarakat berbilang kaum.Dapatkah sejarah unik ini dapat diulangi semula dalam kelayakan Olimpik!

Hikari Sentai Maskman - Full OP Song MV

GILA GEMPAK..DULU ADA CITA2 AKU NAK JADI MACAM NI...HAHAHA!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...